Wednesday, September 23, 2009


tension..bl tugasan-tugasan nie nk siap nie...tgl 4 hari lagi nk start kuliah. kain baju kelas tak beli lagi. tadi pusing2 kt segama n sinsuran takder menarik hati..pas tu p jakel plak..alahai...tutup plak..
esk kena beli juga.kalu tak, x sempat nk buat..
em, cindailh mana, tidak berhias,lalalala..lulalalula..lalalulalalala...( buat-buat happy jer lh..hehehe)

Monday, September 21, 2009

kpli Jun 09

di tepi tingkap itu...heheheh..( ayat tu lagi) mcm jadi tren plak.
terdetik hati untuk untuk menambah cerita lg d blog nie.maklumlah kwn2 pn suruh tmbh lagi. ya, dikala konon2 nya tiada tugasan...
hehehe..semenjak masuk kls encik Afendy kesantunan bahasa pn mula berubah, berbunga-bunga, berjiwa2 dan .....tp seronok sbb dpt meluahkan apa yg dirasakan dgn meilustrasikan perasaan melalui watak-watak alam sekitar. yer tak!!


nie lh dia mmbr2 kls..suma posing ala2 budak skema.hehehe..
kwn2 jgn marah yer.
gurau jer...



berbuka puasa kt hotel Marco Polo..




yang ni plak model-model iklan Olay..hehehhe!!!



muka terkejut!!


me with my best fren Yans...


till now frens..
ill apload new pic nex time...
adios!!!





Tuesday, August 25, 2009

Tuesday, August 18, 2009

selamat pagi..

Di pagi yang ceria ini saya mengucapkan slm PBS kepada semua kawan2 yg sedang mengikuti PBS di sekolah masing2. hanya tgl 3 hari sahaja lagi untuk kita berada di sekolah tersebut. jadi, manfaatkanlah masa yang ada. cari bahan sebanyak yang mungkin supaya kita dapat berkongsi di IPGM nnti.SALAM...

PBS

Sudah hampir 2 minggu berada di sekolah. Murid-murid pun mula mengenal cikgu-cikgu baru mereka ( me and my frend). walaupun kami dtg untuk buat PBS saja tapi murid-murid sudah menganggap kami seperti guru tetap mereka. Mana tidaknya, kami diberi peluang beberapa kali mengajar kelas-kelas tersebut. Memang seronok menjadi guru. Walaupun tugas guru bukannya mudah, tetapi bagi seorang yang amat cintakan kerjaya ini, semua beban tugas dan cabaran akan dapat dihadapi dengan tenang. sekian...

Monday, August 17, 2009

hari ke-6 PBS di SRK Agnes

seperti minggu lepas saya dan rakan-rakan meneruskan aktiviti PBS. keistimewaan hari ini ialah kami berpeluang melihat guru pemulihan khas membuat aktiviti p&p di dalam kelas pemulihan. agak melucukan melihat telatah murid-murid pemulihan tetapi bagi seorang guru pemulihan khas ia merupakan cabaran yang mencabar.sekian

Saturday, August 15, 2009

PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah-SRK Agnes.

Pengalaman Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS wajib kepada pelajar-pelajar KPLI. tempoh PBS adalah selama 2 minggu sahaja. saya telah memilih SRK Agnes sebagai PBS bersama dua orang lagi rakan saya iaitu Connie dan Omar. Obsyen yang saya ambil ialah pemulihan khas. Seperti yang anda lihat gambar di sebelah kiri ialah saya berlatar belakangkan kelas pemulihan.





gambar-gambar ini pula diambil 15 minit sblm saya dan rakan-rakan meninggalkan kelas pemulihan. Setelah hampir 2 jam berbual-bual dan mendapatkan data dari guru pemulihan khas kami, guru pemulihan tersebut meminta izin untuk keluar kerana ingin pergi mengajar di kelas perdana. jadi, kami mengambil kesempatan yang ada untuk mengambil gambar.